Wednesday, 16 May 2012

Kemahiran Berfikir Dalam Sains


KEMAHIRAN BERFIKIR



Berfikir merupakan   satu proses mental yang memerlukan individu menggabungjalinkan pengetahuan, kemahiran dan sikap yang ada pada dirinya bagi membolehkannya memahami dan mencorak alam sekeliling.


Salah satu objektif sistem pendidikan negara adalah untuk mempertingkatkan daya berfikir di kalangan murid. Objektif ini boleh dicapai melalui kurikulum yang menekankan pembelajaran berfikrah.

Pengajaran dan pembelajaran yang menekankan kemahiran berfikir dan strategi berfikir adalah teras kepada pembelajaran berfikrah.


Pembelajaran berfikrah boleh dicapai jika murid dilibatkan secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam proses ini aktiviti pengajaran  dan  pembelajaran  yang  dirancang  dapat  mencungkil minda murid dan mendorongnya untuk berfikir agar mereka dapat mengkonsepsikan, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.


Kemahiran berfikir boleh digolongkan kepada pemikiran kritis dan pemikiran kreatif. Seseorang yang berfikir secara kritis akan sentiasa menilai sesuatu idea dengan sistematik sebelum menerimanya. Seseorang yang berfikir secara kreatif mempunyai daya imaginasi yang tinggi, berupaya menjanakan idea yang inovatif dan asli, serta boleh mengubah suai idea dan produk yang sedia ada.


Strategi berfikir merupakan proses berfikir yang lebih tinggi peringkatnya yang melibatkan beberapa langkah dan setiap langkah melibatkan beberapa   kemahiran berfikir kritis dan kreatif. Strategi berfikir merupakan fungsi utama dan matlamat akhir kepada proses berfikir.



Kemahiran Berfikir Kritis


Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir  adalah seperti yang berikut :

Menganalisis

Mengolah maklumat dengan menghuraikannya kepada  bahagian  yang  lebih  kecil  bagi memahami sesuatu lonsep atau peristiwa serta
mencari makna yang tersirat.





Mencirikan




Membandingkan dan membezakan

Mengumpulkan dan mengelaskan

Mengenal pasti kriteria seperti ciri, sifat, kualiti dan unsur sesuatu konsep atau objek.

Mencari persamaan dan perbezaan berdasarkan kriteria   seperti   ciri,   sifat,   kualiti   dan   unsur sesuatu objek atau peristiwa.

Mengasingkan dan mengumpulkan objek atau fenomena kepada kumpulan masing-masing berdasarkan  kriteria  tertentu  seperti  ciri  atau sifat. Pengumpulan ini adalah berdasarkan ciri
atau sifat sepunya.

Mengesan

Kecondongan


Menilai






Membuat kesimpulan

Mengesan pandangan atau pendapat yang berpihak kepada atau menentang sesuatu

Membuat pertimbangan tentang sesuatu perkara dari segi kebaikan dan keburukan, berdasarkan bukti atau dalil yang sah.

Membuat   pernyataan   tentang   hasil   sesuatu kajian yang berdasarkan kepada sesuatu hipotesis.



Membuat urutan






Menyusun mengikut keutamaan


Menyusun objek dan maklumat mengikut tertib berdasarkan kualiti atau kuantiti ciri atau sifatnya seperti saiz, masa, bentuk atau bilangan.

Menyusun objek atau maklumat mengikut tertib berdasarkan kepentingan atau keutamaan.

Kemahiran Berfikir Kreatif



Penerangan ringkas tentang setiap kemahiran berfikir kreatif adalah seperti yang berikut :


Menjanakan idea         Menghasilkan     idea     yang     berkaitan dengan sesuatu perkara.



Menghubungkaitkan






Membuat inferens Meramalkan Mengitlakkan


Membuat gambaran mental

Membuat perkaitan dalam sesuatu keadaan atau peristiwa untuk mencari sesuatu struktur atau corak hubungan.

Menggunakan pengumpulan data dan pengalaman lalu untuk membuat kesimpulan dan menerangkan sesuatu peristiwa.

Membuat jangkaan tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian dan pengalaman yang lalu atau data yang boleh dipercayai.

Membuat pernyataan umum terhadap sesuatu perkara untuk keselurahan kumpulan berdasarkan pemerhatian ke atas sampel atau beberapa maklumat daripada kumpulan itu.

Membuat  tanggapan  atau membayangkan sesuatu idea, konsep, keadaan atau gagasan dalam minda atau fikiran.

Mensintesiskan








Membuat hipotesis













Menganalogikan










Mereka cipta

Menggabungkan unsur yang berasingan untuk menghasilkan satu gambaran menyeluruh dalam bentuk seperti pernyataan, lukisan dan artifak.

Membuat sesuatu penyataan umum tentang hubungan antara pemboleh ubah yang dimanipulasi dan pemboleh ubah yang bergerak balas untuk menerangkan sesuatu peristiwa atau pemerhatian.. Pernyataan  ini boleh diuji untuk membuktikan kesahihannya.

Membentuk kefahaman tentang sesuatu konsep yang kompleks atau abstrak secara mengaitkan konsep itu dengan konsep yang  mudah  atau  maujud  yang mempunyai ciri yang serupa.

Menghasilkan sesuatu yang baru atau melakukan pengubahsuaian kepada sesuatu yang sedia ada untuk mengatasi masalah secara terancang.



Strategi Berfikir



Penerangan tentang setiap strategi berfikir adalah seperti yang berikut :

saksama. Penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif serta strategi berfikir menjadi lebih mudah jika seseorang itu berkebolehan membuat penaakulan secara induktif dan deduktif. Rajah 1 memberi gambaran   keseluruhan   tentang   kemahiran   berfikir   dan   strategi
berfikir.


Mengkonsepsikan








Membuat keputusan








Menyelesaikan masalah

Membuat pengitlakan ke arah membina pengertian, konsep atau model berdasarkan ciri spesifik sepunya yang saling berhubung kait.


Memilih   satu   alternatif   penyelesaian yang terbaik daripada beberapa alternatif berdasarkan kriteria tertentu bagi mencapai matlamat yang ditetapkan.


Mencari penyelesaian yang tepat secara terancang terhadap situasi yang tidak pasti atau mencabar ataupun kesulitan yang tidak dijangkakan.



Penguasaan kemahiran berfikir dan strategi berfikir (KBSB) melalui pengajaran dan pembelajaran sains boleh dikembangkan melalui peringkat berikut :


1.  KBSB diperkenalkan.

2.  KBSB dipraktikkan dengan bimbingan guru.

3.  KBSB dipraktikkan tanpa bimbingan guru.

4.  KBSB diaplikasikan ke situasi baru dan diperkembangkan dengan bimbingan guru.
5.  KBSB digunakan bersama dengan kemahiran yang lain untuk mencapai tugasan berfikir.

Penerangan lanjut tentang peringkat penerapan KBSB dalam sains diberi dalam Buku Panduan Penerapan Kemahiran Berfikir dan Strategi Berfikir dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sains ( Pusat

Selain daripada kemahiran berfikir dan strategi berfikir yang tersebut,

kemahiran menaakul merupakan satu lagi kemahiran yang diutamakan. Kemahiran menaakul ialah kemahiran yang digunakan untuk  membuat  pertimbangan  seccara  logik,  rasional,  adil  dan

Pembangunan Kurikulum, 1999).




Kemahiran Berfikir

Perkaitan antara kemahiran Berfikir dan Kemahiran Proses Sains







Kritis Mencirikan Membandingkan
& membezakan Mengumpulkan & mengelaskan Membuat urutan Menyusun mengikut keutamaan Menganalisis Mengesan kecondongan Menilai
Membuat kesimpulan














Menaakul



Kreatif Menjana idea Menghubungkait
Membuat inferens Meramalkan Membuat
hipotesis
Mensintesiskan Mengitlakkan Membuat gambaran mental Menganalogikan Mereka cipta

Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang diperlukan untuk mencari jawapan kepada sesuatu masalah atau membuat keputusan secara bersistem. Ia merupakan satu proses mental yang menggalakkan pemikiran secara, kreatif, analitis dan sistematik. Penguasaan kemahiran proses sains bersama dengan sikap dan pengetahuan yang sesuai menjamin keupayaan murid untuk berfikir secara berkesan.

Untuk menguasai kemahiran proses sains, seseorang perlu menguasai kemahiran berfikir yang berkaitan. Kemahiran berfikir utama yang berkaitan dengan setiap kemahiran proses sains adalah seperti berikut:

Kemahiran Proses Sains                   Kemahiran Berfikir


Memerhatikan                                      Mencirikan


Strategi Berfikir Mengkonsepsikan Membuat keputusan
Menyelesaikan masalah

Membandingkan dan membezakan Menghubungkaitkan



Rajah 1 : Model KBSB dalam Sains



Mengelaskan






Mengukur dan menggunakan nombor

Membuat inferens







Meramalkan




Menggunakan perhubungan ruang dan masa

Mentafsir data

Mencirikan

Membandingkan dan membezakan

Mengumpulkan dan mengelaskan


Menghubungkaitkan

Membandingkan dan membezakan




Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menganalisis
Membuat inferes


Menghubungkaitkan

Membuat gambaran mental


Membuat urutan

Menyusun mengikut keutamaan




Membandingkan dan membezakan

Menganalisis

Mengesan kecondongan Membuat kesimpulan Mengitlakkan
Menilai

Mendefini secara operasi





Mengawal  pemboleh ubah





Membuat hipotesis













Mengeksperimen


Berkomunikasi

Menghubungkaitkan

Menganalogikan

Membuat gambaran mental

Menganalisis


Mencirikan

Membandingkan dan membezakan

Menghubungkaitkan

Menganalisis


Mencirikan Menghubungkaitkan Membandingkan dan membezakan Menjana idea
Membuat hipotesis Meramalkan Mensintesiskan

Semua kemahiran berfikir


Semua kemahiran berfikir



Pengajaran  dan  Pembelajaran  yang  Berteraskan  Kemahiran

Berfikir dan Kemahiran Saintifik


Kurikulum sains ini menekankan pembelajaran berfikrah yang berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam kurikulum ini,hasil pembelajaran yang dihasratkan ditulis secara mengintegrasikan pemerolehan pengetahuan dengan penguasaan kemahiran iaitu kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik. Dalam pengajaran dan pembelajaran, guru perlu menitikberatkan penguasan kemahiran bersama dengan pemerolehan pengetahuan, di samping penerapan nilai murni dan sikap saintifik.

Berikut  diberi beberapa contoh hasil pembelajaran  yang  berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran yang berteraskan kemahiran berfikir dan kemahiran saintifik.

Contoh :


Hasil Pembelajaran:   Membandingkan dan membezakan logam dan bukan logam berdasarkan sifat fizik.
Kemahiran Berfikir:    Membandingkan dan membezakan.


Penerangan:

Untuk mencapai hasil pembelajaran yang tersebut, pengetahuan tentang sifat fizikal dan kegunaan logam dan bukan logam dalam

kehidupan harian mereka dipelajari melalui membandingkan dan membezakan. Penguasaan kemahiran membandingkan dan membezakan adalah sama penting dengan pengetahuan tentang sifat fizikal dan kegunaan logam dam bukan logam.