PENGENALAN
Seperti yang termaktub
dalam
Polisi Pendidikan Kebangsaan, pendidikan di
Malaysia adalah
suatu usaha
berterusan untuk
memperkembangkan lagi potensi
individu secara menyeluruh dan
bersepadu supaya dapat melahirkan
insan yang seimbang dan
harmoni dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Kurikulum sains sekolah rendah dan menengah dibangunkan dengan hasrat untuk menghasilkan insan
yang
dihasratkan.
Sebagai sebuah
Negara yang sedang melangkah
kearah status negara maju, Malaysia perlu mewujudkan masyarakat yang saintifik
dan
progresif serta berilmu, yakni masyarakat yang mempunyai
daya
perubahan yang tinggi, memandang jauh ke hadapan, inovatif serta
penyumbang kepada tamadun sains dan teknologi masa depan. Bagi
mencapai hasrat ini, kita
perlu membentuk warganegara kritis, kreatif dan
berketerampilan yang mengamalkan
budaya sains dan
teknologi.
Kurikulum sains Malaysia merangkumi tiga mata
pelajaran sains teras dan empat mata pelajaran sains elektif. Mata pelajaran teras adalah Sains Sekolah Rendah, Sains
Menengah Rendah dan Sains Menengah Atas.
Mata
pelajaran Sains
Elektif ditawarkan pada Menengah Atas dan terdiri daripada Fizik, Kimia, Biologi
dan
Sains Tambahan.
Mata pelajaran Sains Teras untuk Sekolah rendah
dan
Menengah direka
bentuk untuk memberi pengetahuan asas sains kepada
murid,
menyediakan murid supaya celik sains dan mampu mengikuti sains di peringkat menengah atas. Mata pelajaran
Sains Teras untuk Menengah atas direka bentuk untuk menghasilkan murid yang celik sains, inovatif dan berupaya mengaplikasikan
pengetahuan sains,
membuat keputusan dan menyelesaikan masalah dalam
kehidupan.
Mata pelajaran
sains elektif
menyediakan murid yang cenderung dalam bidang sains untuk melanjutkan pelajaran
di bidang sains pada peringkat pra-menengah atas. Golongan murid ini akan menceburi
kerjaya
dalam bidang sains dan
teknologi
yang
memainkan
peranan dalam bidang pembangunan
negara.
Setiap mata pelajaran sains dibekalkan
dua dokumen
iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Sukatan Pelajaran
mengandungi tujuan, objektif dan garis panduan bagi kandungan kurikulum untuk tempoh dua tahun bagi
mata
pelajaran sains elektif
dan lima tahun
untuk mata pelajaran Sains
Teras. Huraian sukatan pelajaran mengandungi maklumat kurikulum yang meliputi tujuan dan
objektif kurikulum, penerangan kemahiran berfikir dan stategi berfkir, kemahiran
saintifik, sikap saintifik dan nilai murni, stategi
Pengajaran
dan
Pembelajaran dan
kandungan kurikulum. Kandungan kurikulum
mengandungi objektif pengajaran, cadangan aktiviti
pengajaran dan
hasil
pembelajaran dan perbendaharaan kata.
MATLAMAT
Matlamat kurikulum
sains untuk sekolah menengah adalah bertujuan untuk membekalkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran sains dan teknologi serta membolehkan mereka menyelesaikan masalah dan
membuat keputusan
dalam kehidupan
seharian berdasarkan
sikap saintifik dan nilai murni
Murid yang telah mengikuti kurikulum sains sekolah menengah akan memperolehi asas sains yang membolehkan mereka memperolehi
pendidikan
lanjutan dalam sains dan teknologi
secara rasmi dan tidak
rasmi.
Kurikulum ini
juga bertujuan untuk membangunkan masyarakat yang bertanggungjawab, dinamik dan berdaya maju dengan
membudayakan
sains dan teknologi
secara semulajadi dalam
menangani pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
OBJEKTIF
Kurikulum Sains
untuk sekolah menengah membolehkan murid:
1. Memperolehi pengetahuan
tentang
konsep
dan prinsip sains
serta menghubungkaitkan pengetahuan ini dengan
fenomena alam semulajadi
dan
pengalaman harian.
2. Memperolehi kefahaman tentang aplikasi konsep dan prinsip
sains dalam bidang teknologi dan kehidupan
harian.
3. Menguasai
kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir.
4. Mengaplikasikan pengetahuan sains dan kemahiran saintifik
secara kritis dan kreatif berasaskan sikap saintifik dan nilai
murni dalam penyelesaian masalah dan membuat keputusan.
5. Menangani cabaran dalam
dunia sains dan teknologi serta bersedia memberi sumbangan
kepada perkembangan sains dan
teknologi.
6. Menilai maklumat mengenai sains dan teknologi dengan bijak dan berkesan.
7. Mengamalkan sikap
saintifik dan nilai
murni.
8. Menyedari
kepentingan
saling hubungan
antara
kehidupan
dan
pengurusan alam
semulajadi serta sumbernya dengan bijaksana
demi kesinambungan hidup
manusia
sejagat.
9. Menghargai sumbangan sains
dan teknologi terhadap
pembangunan
negara
dan
kesejahteraan manusia
sejagat.
10. Menyedari bahawa pengetahuan yang diperoleh
melalui kajian
sains merupakan hasil
usaha manusia untuk memperoleh penerangan
yang rasional tentang fenomena alam berasaskan kemampuan akal.
11. Mewujudkan
kesedaran
ke atas
kepentingan
kasih
sayang kepada
alam sekitar dan memainkan peranan dalam pemuliharaan dan pemeliharaannya.
KEMAHIRAN SAINTIFIK
Sains mengutamakan kaedah inkuiri dan penyelesaian masalah. Dalam proses inkuiri dan menyelesaikan masalah, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir digunakan. Kemahiran
saintifik merupakan
kemahiran
yang penting untuk menjalankan sebarang
aktiviti mengikut kaedah saintifik
seperti menjalankan eksperimen
dan projek.
Kemahiran
saintifik
terdiri daripada kemahiran proses sains dan
kemahiran manipulatif.
Kemahiran Proses Sains
Kemahiran proses sains ialah kemahiran yang membolehkan murid
mempersoalkan sesuatu dan mencari jawapan secara bersistem.
Penerangan tentang setiap kemahiran proses sains
diberi seperti
berikut:
Memerhatikan Menggunakan deria penglihatan, pendengaran,
sentuhan, rasa atau bau untuk mengumpulkan
maklumat tentang
objek dan fenomena.
Mengelaskan
Melalui pmemerhatian, mengumpulkan
objek atau
fenomena
berdasarkan persamaan dan perbezaan.
Mengukur dan menggunakan nombor
Membuat inferens
Meramalkan
Berkomunikasi
Menggunakan perhubungan ruang
dan masa
Membuat pemerhatian secara kuantitatif
dengan
menggunakan nombor dan alat berunit
piawai. Pengukuran
menjadikan pemerhatian
lebih
jitu.
Menggunakan pengumpulan data dan pengalaman
lalu untuk membuat kesimpulan dan
menerangkan sesuatu
peristiwa.
Membuat jangkaan
tentang sesuatu peristiwa berdasarkan pemerhatian
dan pengalaman
yang lalu atau data yang boleh dipercayai.
Menggunakan perkataan atau simbol
grafik seperti jadual, graf, rajah atau
model
untuk menerangkan
tindakan, objek atau peristiwa.
Memperihalkan perubahan parameter dengan masa.
Contohnya lokasi, arah, bentuk, saiz , isipadu, berat dan jisim.
No comments:
Post a Comment